CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Minggu 1

Fail Internet :

Golongan Kata
       
a)     Kata nama

b)    Kata Kerja

c)     Kata Ganti Nama

d)    Kata Adjektif

e)    Kata Hubung

f)      Kata Seru

g)    Kata Tanya

h)     kata perintah

i)      kata pangkal ayat

j)      kata bantu

k)     kata penguat

l)      kata penegas

m)    kata nafi

n)     kata pemeri


Rampai bahasa

a)     Sinonim

b)     antonim

c)      Penjodoh Bilangan

Ragam Ayat


Pengimbuhan





Katalog Internet

Golongan Kata

Tajuk
Kata nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan tentang 3 jenis kata nama dalam Bahasa  Melayu iaitu kata nama betul, kata ganti nama dan kata nama terbitan. Kata nama betul terbahagi kepada dua iaitu kata nama am dan kata nama khas. Setiap jenis kata nama ini dijelaskan dengan perincian tertentu. Misalnya, kata nama am merupakan kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu benda yang bernyawa seperti haiwan, manusia dan lain-lain. Kata nama am boleh dibahagikan kepada 2 iaitu kata nama am konkrit (dapat dipegang, dirasa dan dilihat) dan kata nama am abstrak (hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan). Manakala kata nama khas pula secara khususnya digunakan untuk menyebut perkara yang bernyawa dan tidak bernyawa. Kata ini digunakan bagi menyebut sesuatu yang khusus atau khas. Lazimnya, kata nama khas menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan. Contohnya, Lee Chong Wei, Sarawak dan lain-lain. Kata nama terbitan pula ialah kata yang menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan, akhiran ataupun apitan. Dalam laman sesawang ini juga ada dijelaskan tentang perbezaan antara kata nama am dan kata nama khas.

Tajuk
Kata kerja
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini menjelaskan tentang maksud kata kerja dan jenis-jenis kata kerja. Menurut laman sesawang ini, kata kerja ialah kata yang disertai oleh awalan ber-, men-, ter- dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada 3 jenis iaitu kata kerja tak transitif, kata kerja transitif dan kata kerja pasif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap (tidur, menari). Manakala, kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek untuk membentuk ayat yang lengkap (membaca buku). Kata kerja pasif pula wujud daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya ditiadakan (ambil-mengambil). Kata kerja pasif terbahagi kepada tiga jenis iaitu kata kerja pasif diri pertama, kedua dan ketiga.
Tajuk
Kata ganti nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini memuatkan maklumat berkenaan dengan apa itu kata ganti nama dan jenis-jenis kata ganti nama yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Kata ganti nama berfungsi untuk menggantikan nama orang atau benda. Terdapat 7 jenis kata ganti nama dalam bahasa Melayu iaitu kata ganti nama diri, ganti nama diri singkat, ganti nama diri umum, ganti nama diri tanya, ganti nama tak tentu, ganti nama tempat dan ganti nama tunjuk. Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 iaitu ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga. Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang sedang bercakap misalnya, aku tidak takut dengan ugutanmu. Itu merupakan antara kandungan yang terdapat dalam laman sesawang ini.
Tajuk
Kata adjektif
URL
Sinopsis
Portal pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu ini menerangkan tentang definisi kata adjektif dan kumpulan-kumpulan kata adjektif dalam bahasa Melayu. Kata adjektif digunakan untuk menerangkan tentang sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama yang disertai dengan kata keterangan (amat, sangat, paling). Terdapat 9 kumpulan kata adjektif menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu iaitu kata adjektif sifat/keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif pancaindera. Di samping itu, laman ini juga menyelitkan maklumat berkenaan dengan tiga darjah perbandingan kata adjektif iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan.
Tajuk
Kata hubung
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini menerangkan tentang definisi kata hubung dan jenis-jenis kata hubung yang terdapat dalam bahasa Melayu. Menurut laman sesawang ini, kata hubung merupakan kata yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai ayat dengan ayat. Terdapat 3 jenis kata hubung yang diterangkan dalam laman ini iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan. Setiap jenis kata hubung ini diterangkan dengan maklumat-maklumat tertentu serta diberikan contoh-contoh yang sesuai bagi murid-murid sekolah rendah amnya.
Tajuk
Kata seru
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini menjelaskan tentang definisi kata seru serta penggunaan kata seru dalam ayat. Secara umumnya, kata seru didefinisikan sebagai kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih dan sebagainya. Kata ini digunakan dengan menyesuaikannya dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Terdapat beberapa contoh kata seru yang dijelaskan dalam laman sesawang ini ialah “aduh”, “aduhai”, “ah” dan sebagainya. Setiap perkataan seru ini disertai dengan contoh-contoh yang senang untuk difahami dan ditelaah.
Tajuk
Kata tanya
URL

Rampai Bahasa

Tajuk
Sinonim
 URL
 Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan tentang perkataan-perkataan sinonim yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kata sinonim yang dimuatkan dalam laman sesawang ini lebih kepada contoh-contoh kata sinonim dan disusun mengikut abjad iaitu daripada perkataan sinonim berhuruf A hingga Z.. Laman ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan bagi guru yang mengajar bahasa Melayu terutamanya bagi isi pelajaran yang berhubungan dengan kata sinonim.
Tajuk
Antonim
URL
Sinopsis
Laman sesawang wikipedia ini memuatkan maklumat yang ringkas berkaitan dengan kata antonim dalam Bahasa Melayu. Walaupun penerangannya agak ringkas tapi ia sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antara maklumat yang dimasukkan ke dalam laman ini ialah definisi kata antonim, contoh kata antonim dan jenis-jenis kata antonim dalam Bahasa Melayu. Kata antonim merupakan kata yang berlawanan maksudnya. Misalnya, bersih lawannya adalah kotor dan seterusnya. Dijelaskan juga tentang jenis-jenis kata antonim iaitu antonimi Taksiran (pasangan perkataan seperti besar/kecil, sejuk/panas, tinggi/rendah), antonimi Penggenap (pasangan kata seperti lelaki/perempuan, mati/hidup) dan antonimi Sebalikkan (jual/beli, tarik/tolak).
Tajuk
Penjodoh Bilangan
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini menyatakan maklumat tentang aspek-aspek yang terdapat dalam penjodoh bilangan. Selain itu, laman ini menerangkan secara ringkas tentang penggunaan penjodoh bilangan tertentu dalam ayat serta memberikan contoh-contoh yang sesuai untuk difahami oleh guru yang akan mengajar isi ini kepada pelajar kelak. Menurut laman ini, penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Terdapat beberapa penjodoh bilangan yang diterangkan penggunaannya dalam laman ini. Antaranya ialah angkatan, baris, batang, bentuk, berkas dan sebagainya. Salah satu contohnya ialah penggunaan penjodoh bilangan biji. Biji digunakan untuk jenis buah, sayur-sayuran dan benda-benda yang kecil misalnya, labu, lobak, bola dan lain-lain.